Friday, June 6, 2014

pas de dog

Nama yang baik adalah doa yang mampu menyerlahkan sifat dalam membentuk budi pekerti yang luhur.

Oleh kerana itu, sering Rasulullah SAW mengubah nama buruk kepada nama yang baik seperti nama kota, nama manusia dan lain-lain. Contohnya, nama Yatsrib yang maksudnya ‘mengancam’ adalah nama lama yang diubah menjadi ‘al-Madinah’ oleh Rasulullah SAW yang maknanya ‘tempat peradaban.’

Ali Abi Talib menamakan anaknya ‘Harb’ (perang) yang turut diubah oleh Rasulullah SAW dengan nama ‘al-Hasan’ (yang baik). Umar menamakan anak perempuannya ‘Ashiyah’ (derhaka/pembangkang) dan diganti oleh Nabi SAW menjadi ‘Jamilah’ (cantik). Seorang wanita bernama ‘Barrah’ dinamakan Nabi SAW dengan nama ‘Zainab.’

Nama yang baik perlu diberikan agar nama itu menjadi doa atau sebagai ingatan pada sesuatu yang berkaitan dengan namanya, seperti hasrat, peringatan atau agar dijadikan contoh teladan keadaan, situasi atau tokoh yang bernama sedemikian.
Ketika seorang memberi nama anaknya ‘Muhammad,’ ‘Musa’ atau ‘Aisyah,’ ‘Khadijah’ atau ‘Rabiatul Adawiyah’ maka yang diharapkan daripada nama ini adalah agar anak meneladani sifat-sifat tokoh berkenaan. Ketika si anak dinamakan ‘Hasan,’ ‘Jamil’ atau ‘Syifa’ (kesihatan/kesempurnaan), ‘Halimah’ (lapang dada), ‘Aminah’ (selalu berasa aman), maka ia adalah doa agar anak dapat memiliki sifat-sifat berkenaan.

Rasulullah SAW sering memperoleh kesan daripada sesuatu nama. Amat rumit perundingan Hudaibiyah dan silih berganti pimpinan delegasi musyrik, tetapi ketika ‘Sahl’ (mudah) tampil sebagai pimpinan delegasi musyrik, Nabi SAW bersabda, “Sudah dipermudah perundingan kita.” Dan ternyata kemudian, perundingan dengan delegasi kaum musyrik dipimpin oleh Sahl – dan yang menghasilkan perjanjian dengan Hudaibiyah itu berhasil dengan amat baik.

Sebelum berkecamuk Perang Badar, berlakulah terlebih dulu pertarungan tiga lawan tiga. Ali (yang tinggi) anak Abu Talib melawan al-Walid (anak kecil) anak Utbah, sedangkan bapa saudara Nabi SAW, iaitu Hamzah (singa) melawan Syaibah (orang tua) anak Rabiah. Ali dan Hamzah berjaya membunuh kedua lawannya, tetapi ‘Ubaidillah’ (si kecil, hamba Allah SWT) yang melawan ‘Utbah’ (yang dikecam perbuatannya) seimbang dalam perlawanan itu walaupun pada akhirnya atas bantuan Ali dan Hamzah, tokoh musyrik yang ketiga itu juga terbunuh.

Ahli sufi menilai bahawa nama yang mereka sandang itu, di samping menggambarkan sifat mereka, juga menjadi doa sehinggakan wajarlah jika hasil pertarungan itu seperti di atas.

Kita boleh bersetuju atau tidak dengan kesan di atas, namun yang jelas, nama dapat memberikan kesan baik sehingga menimbulkan rasa percaya diri atau buruk – sehingga menimbulkan rasa rendah diri paling tidak kepada anak yang diberi nama. Dari sini agaknya ada yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW menyatakan, “nama yang paling disukai
Allah SWT adalah apa yang didengar Dia disembah.”

Pas sering melabelkan perjuangan mereka itu sebagai perjuangan Islam untuk umat Islam, sedangkan Parti Pas hanya berada di Malaysia sahaja dan sudah tentulah nama itu tidak dapat pergi jauh selain bermaksud pas atau passport di beberapa tempat di dunia. Sedangkan apabila perkataan ‘pas’ diterjemahkan ke bangsa asing ia membawa maksud yang amat memalukan.

Contohnya, perkataan pas jika diterjemahkan dalam pelbagai bahasa yang lain. Maknanya adalah seperti berikut:- hanya; (African, Belanda), selepas (Albanian), karat (Azerbaijani, Turkish), langkah (Catalan), anjing (Croatian, Serbian), ghairah ( Latin), tidak (French), tali pinggang (Polish). Selainnya perkatan pas membawa maksud pas atau passport.

Moralnya, apabila kita ingin memberikan nama kepada sesuatu sama ada nama anak, pertubuhan, tempat atau jenama barangan kita perlulah juga melihat maksud nama tersebut mengikut geografi bahasa. Dalam perkembangan dunia global kini, mungkin kita boleh berbangga dengan sebutan yang kita rasakan ianya baik padahal perkataan itu membawa maksud sebaliknya.

Meskipun Pas adalah nama khas tetapi itulah makna yang akan difahami otak penduduk bangsa berkaitan apabila mendengarnya. Atau adakah ini merupakan perkara tersirat yang telah ditentukan. Sebab itulah natijahnya kini; kita melihat perjuangan Pas adalah tidak konsisten atau dalam erti kata lain; lain dicakap lain pula yang dibuat.

Berfikirlah kerana fikir itu pelita hati. Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa dengan berkata; “Ya Allah Ya Tuhan Ku, jadikanlah diriku ini termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman”.

Waallah hu alam.

Friday, November 29, 2013

Siti Aishah Abdul Wahab Hamba Ideologi


Tahap kebijakan manusia dengan ilmu yang ada tidak akan mampu untuk mencapai lebih daripada setitik air di lautan.

Menurut Karl Marx, agama adalah candu masyarakat kerana agama, masyarakat menjadi tidak maju dan tidak dapat bersikap rasional. Manakala, konsep penting dalam pemikiran aliran Moisme pula ialah kasih sayang sejagat, mengecam sikap suka berperang, menyerah kepada nasib, mengutamakan golongan cerdik pandai.

Dengan berpegang kepada ideologi ciptaan manusia, seseorang itu sememangnya telah meletakkan dirinya sebagai hamba kepada ideologi tersebut.

Siti Aishah Abdul Wahab telah dipengaruhi secara psikologi kerana ketaksubannya kepada seorang manusia yang digelarnya; Comrad Bala. Ketaksuban yang membawa BALA ke dalam hidupnya. Samalah seperti seorang penagih dadah yang gembira apabila mendapat bekalan dadah, walhal dadah itulah yang membawa kemusnahan dan bala kepada hidup penagih itu.


Sebab itulah kita yang dijadikan oleh tuhan sebagai manusia, hendaklah menerima konsep diri kita ini sebagai makhluk dan sentiasa akur menjadi hamba kepada Tuhan. 

Apakah Siti Aishah melaksanakan ideologinya, bila mana dia sendiri menghilangkan diri dari berhubung dengan keluarganya? Inikah yang dikatakan ideologi kasih sayang sejagat?

Walau apapun tanggapan, sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun. Ambillah ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa yang dilalui oleh Siti Aishah Abdul Wahab ini.

Di dalam dunia ini, selain ideologi ciptaan manusia terdapat juga manusia yang terang-terangan menggunakan kejahilan yang ada pada manusia untuk mempengaruhi dan menyebar ajaran yang jelas sesat.

Ada juga manusia yang rakus dan berselindung di sebalik jubah agama, memanipulasi kealiman dan saban hari merendahkan agama dengan fatwa latahan, memecahkan perpaduan ummah sehingga Tuhan pun sanggup dikata mencarut juga.





Sifat Yang Membawa Kemusnahan

1.   Teramat Mencintai Dunia

Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya; "Mencintakan dunia itu adalah pokok segala kesalahan".

Manakala firman Allah dalam  Ali Imran Ayat 14 yang maksudnya; "Dijadikan pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)."

Dunia adalah tempat bercucuk tanam untuk kita menuai hasilnya di akhirat kelak. Oleh itu, lakukan amal kebajikan di dunia ini dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Sebaik-baik balasan ialah apa yang Allah kurniakan kepada kita. Itulah yang berkat.

Keduniaan pula ialah kehidupan dunia yang tiada kaitan dengan urusan akhirat seperti gilakan kuasa, kedudukan, taraf, status, gelaran, pengaruh dan sebagainya.



Monday, July 15, 2013

Laluan Sukar Buat Pas di Kuala Besut

Keputusan adalah hak Allah SWT.

Manusia merancang tetapi sudah semestinya manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah SWT untuk anugerahkan kemenangan kepada parti mana dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

Sejak dulu lagi, PAS sukar untuk mendapat kemenangan di Besut, kerana orang orang PAS tidak mampu untuk bersatu.

Itulah fakta sebenar. Saya ada pengalaman selama 10 tahun. Inilah punca sebenar PAS Besut sukar untuk menang kecuali PRU 10 (1999-2004) PAS menang kesemua DUN dan Parlimen atas nama undi protes.


Itulah perkara buruk yang menjadi sebab PAS tak boleh menang di Besut. Khusus di DUN Kuala Besut yang akan diadakan pilihanraya kecil kali pertama selepas PRU 13.

Pas letaklah siapa pun calon, dan tentunya kemenangan begitu memihak kepada BN.


PAS DUN Kuala Besut selepas 1999 telah dua kali kalah sehingga PAS letak calon muslimat pula untuk raih kemenangan. Tak juga menang. Kalaulah BN letak calon wanita maka berbagai fatwa lama Pas akan diterbitkan dalam versi baru.


Tapi boleh kurang sikit majoritinya berbanding PRU 12 2,631 undi kepada 2,434. Majoriti undi 2,434 ini bukan suatu yang mudah untuk PAS memenangi kerusi DUN Kuala Besut meskipun umno ada dua puak berbanding PAS yang tak pernah sembuh berbalah sesama sendiri.

Umno hanya berpuak di negeri Terengganu, tetapi masih bersatu di kubu kuatnya berbanding PAS yang kelihatan masih bersatu padu dan berbalah macam api dalam sekam, duri dalam daging sehingga hari ini.

Yang sangat buruk pada PAS ada ura ura PKR semacam nak cuba “kacau daun” kalau nak menang kerusi DUN Kuala Besut calonnya bukan calon PAS.Sepatutnya PKR memberi bantuan semampu mungkin agar menang miskipun satu undi.

Jika pun Datuk Seri Anwar Ibrahim tokoh blackout berkampung di Kuala Besut pun pasti pengaruh undinya tidak mampu untuk mengatasi pengaruh undi Datuk Seri Najib Razak pada PRU 13 lepas. Makin menurun mungkin lebih jelas.

Pilih Calon BN Dalam PRK Kuala Besut; Anok Ustaz, Profesional dan Ore Muda

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bagi PAS, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris ketika sidang media hari ini berkata Azlan yang dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS. "Dulu, lama dah ... Saya tak ingat tahunnya.

Beliau AJK Pemuda Umno cawangan Gong Dering, Kg Baru," kata ahli Parlimen Besut itu kepada pemberita. Jelas Idris, PAS juga bukan sahaja sukar untuk menang di kerusi Kuala Besut, kerana kerusi ini merupakan legasi BN, mereka juga jelas Menteri Pendidikan II itu sukar untuk seri dengan Umno.

"Mereka nak seri pun susah ... Lagikan nak menang," katanya. Tiga faktor yang menjadi kriteria dan kelebihan utama BN menang kerusi DUN Kuala Besut jelas Idris adalah calon mereka merupakan seorang ustaz, profesional,dan juga orang muda.


Malah, disebabkan itu juga beliau sekali lagi menegaskan sasaran majoriti 4,000 undi bagi BN akan dicapai memandangkan kelemahan PAS di kawasan yang dimenangi BN sejak Pilihan Raya 2009.

BN sebelum ini memenangi 17 daripada 32 kerusi, manakala Pakatan Rakyat (PR) memenangi 15 kerusi di Terengganu ketika Pilihan Raya 2013 lalu. Kuala Besut mempunyai sejumlah 17,683 pengundi berdaftar.

Sementara BN cuba memastikan untuk tidak berlakunya DUN tergantung, PAS bagaimanapun mengharapkan agar berlaku DUN tergantung dengan 16:16 kerusi, kerana menurut mereka ia akan memberikan kelebihan kepada penduduk Terengganu.

Sunday, April 28, 2013

Perjanjian Syaitan Presiden Pas Hadi Awang



Majlis Syura boleh bertempik melolong dan berkata apa saja tetapi kepimpinan Pakatan Rakyat akan berpegang dalam apa yang telah mereka persetujui pada 8 Januari 2013 

Berikut adalah kenyataan Azmin Ali di Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR Merchant Square, Damansara, berhubung penggunaan Kalimah Allah yang telah dipersetujui Presiden Pas, Hadi Awang.

“Pendirian Keadilan dan juga pakatan rakyat …SAMA … tuntas, konsisten dan tidak berubah.

Dan baru baru ini Presiden Pas dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Januari yang lalu… sekali lagi Presiden Pas kembali mengulangi kedudukan yang diambil oleh Pas dalam konteks kalimah Allah. Dan pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada tahun 2010.

Tidak berganjak . Walaupun perkara ini dibincang semula oleh kerana beberapa kenyataan.
Tetapi pendirian Pas, pendirian Pakatan Rakyat tidak berubah dan ini ditegaskan sekali lagi oleh Presiden Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 8 Januari 2013 yang saya sedia maklum. Saudara saudari juga ada kenyataan media berhubung penggunaan kalimah Allah ini.

Pakatan Rakyat terikat dengan dasar bersama, dalam pakatan rakyat. InsyaAllah, ditakdirkan kemenangan oleh tuhan, kita diberikan amanah di Putrajaya.

Sudah tentulah dasar-dasar yang akan dilaksanakan. Adalah dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Dasar ini jelas telah ditegaskan sekali lagi oleh Presiden Pas .

Maka Keadilan akan berpegang dan terus berpegang kepada pendirian yang telah dibuat secara kolektif dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.”

Azmin juga menegaskan apa jua keputusan adalah merujuk kepada keputusan awal yang telah dibuat setelah dibincang, dilulus dan diperakukan bersama oleh Presiden Pas, Hadi Awang.
 
“Majlis Syura itu adalah struktur dan organisasi Pas dan dia bukan kompenen Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Kita terikat kepada polisi Pakatan Rakyat, yang kita telah dibincang, yang kita telah setuju.

Oleh kerana kita telah terikat kepada pendirian yang telah dibuat secara kolektif. Kita akan berpegang kepada pendirian itu.

Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tidak boleh sekat manusia daripada bercakap. Kita kena bela dan hormat kebebasan demokrasi kepada individu atau institusi untuk meluahkan pandangan mereka.

Namun Majlis Syura terikat dangan ahli ahli Pas, tetapi kita Keadilan, Dap dan Pas terikat dengan polisi Majlis Pakatan Rakyat.  Bincang, dilulus dan diperakukan di dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang dibuat pada 8 Januari.”

Kita berpegang kepada pendirian yang sama. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari.

https://www.youtube.com/watch?v=i-NpdA9t5yg

Wednesday, April 24, 2013

AJARAN SESAT NIK AZIZ


Demostrasi serupo solat 5 waktu ?


Sejak dari dulu dan sehingga kini, sentiasa ada orang yang menganggap dirinya hebat berbanding dengan orang lain. Perasaan ini amatlah tercela dan wajar dihindari kerana ia akan menjadi penghakis amalan baik yang kita buat sepanjang hidup kita.

Gunakan anugerah ilmu yang diberikan untuk menyatukan ummah dan bukannya berdoa bidaah untuk menghancurkan K.O kan sesama Islam.

Apabila ulama telah cinta kepada dunia, dan memang benarlah fitnah ini telah terjadi. Nik Aziz sanggup memutar belitkan kenyataan semata-mata mahu menghalalkan kemahuannya mengikut citarasanya.  Rakyat harus sedar bahawa Nik Aziz ini membawa ajaran agama Pas yang terlalu jauh terpesong dari ajaran  Islam yang sebenarnya.

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz yang ternyata sesat apabila dia menjirim dan menjisimkan sifat Allah dalam takluk dimensi ruang, jarak dan masa.

“DI SAAT YANG PALING RAPAT TUHAN DENGAN KITA MANUSIA IALAH BELUM SUBUH. BELUM SUBUH NI IALAH SAAT YANG PALING RAPAT YANG ALLAH TURUN. ALLAH TAALA TURUN KE LANGIT DUNIA DI SAAT AKHIR MALAM. TAPI UNTUK MUDAH ORANG PAHAM. UNTUK MUDAH MANUSIA FAHAM BAHAWA TUHAN NI WALAUPUN DIA MAHA TINGGI, MAHA KUDUS, MAHA GAPO. TAPI DIA BULEH PERAPAT DIA DENGAN KITA, DENGAN MANUSIA NI HINGGA SAMPAI DIA TURUN KE LANGIT DUNIA.”

Kenyataan Nik Aziz ini seolah-olah bumi ini menggunakan masa yang sama, serentak sehingga dia terlupa ada tempat yang masih pagi, tengahari, petang, malam, subuh dan seterusnya. Kenyataan sesat Nik Aziz bukan sahaja keliru tapi ianya tambah mengelirukan lagi pemikiran masyarakat.

Nik Aziz sebenarnya dilihat cuba menunjukkan kehebatan dengan bercakap soal ketuhanan setelah melakukan kesilapan membenarkan nama Allah diguna oleh orang bukan Islam.

Sifat sombong yang menjadi darah dagingnya dan dikuti pula golongan bodek taksub pengikutnya. Nik Aziz tidak pernah mengiyakan kesalahan setelah ditegur atau dikritik malah dengan selamba terus mencelarukan keadaan. Ini terbukti apabila Nik Aziz juga menyamakan solat 5 waktu itu seperti demonstrasi jalanan Bershit yang dipimpin oleh Ambiga.


Sunday, April 21, 2013

Rakyat Tolak Calon Berpeluk Tubuh

Rakyat tolak pemimpin berpeluk tubuh.

Kehadiran pakatan, PKR sebagai calon di dalam pilihan raya DUN Bandar di Kuala Terengganu telah menunjukkan sifat sebenar siapa calon-calon parti pakatan. Pakatan hanya muncul ketika pilihan raya menjelang tiba dan ini menjelaskan bahawa kepentingan peribadi calon pakatan menguasai kepentingan rakyat.

Sepanjang tempoh lima tahun PKR tidak pernah muncul untuk menjaga kepentingan penduduk Bandar di Kuala Terengganu selain daripada datang hanya untuk mengutip derma melalui hamburan fitnah terhadap segala usaha dan perancangan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dato’ Toh Chin Yaw, calon Barisan Nasional DUN Bandar adalah wakil rakyat yang disegani pelbagai kaum. Dengan kefasihan berbahasa Melayu serta sifat ringan tulangnya dalam menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat di Kuala Terengganu tidak dapat dinafikan lagi.

Masyarakat Bandar Kuala Terengganu rata-rata tidak dapat menerima calon yang hanya muncul di saat saat pilihan raya menjelang tiba. Apatah lagi calon yang tidak pernah buat apa-apa untuk membantu rakyat di Kuala Terengganu. Azan Ismail hanya dikenali penduduk Kuala Terengganu setelah posternya terpampang di sekitar Bandar Kuala Terengganu dalam keadaan berpeluk tubuh.

Melihatkan poster Azan Ismail dalam keadaan berpeluk tubuh telah tambah menyakinkan lagi rakyat untuk menolak calon berpeluk tubuh. Rakyat mahukan pemimpin yang sanggup turun padang dan datang bertemu rakyat tanpa mengira masa terutama ketika rakyat ditimpa musibah.

Kebanyakan pemimpin pakatan akan melompat bertanding ke tempat lain setiap kali pilihan raya. Segala janji yang ditaburi akan ikut sama terlompat dan tinggallah rakyat yang tertipu dengan menaruh harapan kepada calon yang baru.

Dato’ Toh Chin Yaw yang juga exco kerajaan negeri Terengganu telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada penduduk Bandar Kuala Terengganu dan perkhidmatan beliau amat diperlukan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela. Pilihlah Barisan Nasional, janji ditepati.

Tuesday, April 9, 2013

Pas Kedah Kebuluran Tahap Kritikal ?


Disebabkan tidak berpuas hati dengan kerajaan pusat yang kerana menutup punca hasil pendapatan mereka, kerajaan negeri Kedah membalas dengan menaikkan cukai tanah UUM dari RM150 ribu kepada RM1.5 juta setahun.

Kerajaan pusat melalui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini telah mengarahkan semua aktiviti pembangunan dan pembalakan di Gunung Inas serta Pedu diberhentikan serta-merta.

Bukan untuk menutup pintu rezeki Pas, tapi tindakan tersebut demi mengawal alam sekitar kerana Kedah kini diancam bencana alam khususnya banjir lumpur ekoran kerakusan aktiviti pembalakan.

Kerajaan Kedah yang berbangga selama ini hasil balak sejak meningkat sejak Pas memerintah seharusnya merasa malu dan meminta maaf kepada rakyat kerana mereka gagal mencari sumber pendapatan lain selain daripada balak.

Masyarakat India Ditipu Pas


1 Malaysia sudah tahu, sokongan masyarakat terhadap kerajaan kini semakin meningkat kesan daripada beberapa pelaksanaan program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hasil transformasi yang merangkumi semua aspek ini telah berjaya membela nasib masyarakat India dengan banyak peluang telah disediakan dalam bidang perniagaan dan pendidikan.

Senario ini pastinya telah memberi ancaman kepada pembangkang kerana golongan ini pada tahun 2008 dikatakan menyokong mereka sehingga berjaya merampas lima negeri.

Untuk mengekalkan sokongan masyarakat India terhadap pembangkang, pelbagai usaha telah dijalankan dengan memfitnah kerajaan telah menindas mereka selama ini.

Anda Wajib Tahu

Monday, April 8, 2013

Menepati Janji Membawa Harapan

Pelancaran Manifesto BN, “Menepati Janji Membawa Harapan” di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 sesungguhnya amat meriah apabila ia tidak hanya dihadiri ahlinya tetapi turut berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga hadirin melimpah ke luar stadium.

Suasana sekitar perkarangan dan di luar stadium agak sesak di mana jumlah hadirin lebih besar berbanding mereka yang berpeluang masuk ke dalam stadium. Mujurlah ada beberapa skrin besar yang disediakan penganjur membolehkan khalayak di luar mengikuti perkembangannya, jika tidak tentu ramai yang merungut dan kecewa dibuatnya.

Manifesto BN yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak itu antaranya menggariskan 150 komitmen termasuk 17 perkara utama meliputi pelbagai bidang ekonomi, agama, pendidikan, kemasyarakatan, keselamatan dan pelbagai lagi keutamaan demi rakyat dan negara.

Thursday, April 4, 2013

BN Menang Besar PRU13

Pembubaran Parlimen yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah menimbulkan banyak persoalan terutama di kalangan ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali diberikan mandat oleh rakyat atau sebaliknya.

Namun apa yang pasti ia terpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi yang akan membuat pilihan dalam menentukan mereka yang layak diberikan amanah dan tanggungjawab dalam mengurus tadbir negara.

Seorang tokoh akademik yang ingin merungkai persoalan tersebut, telah melakukan kaji selidik dan analisa mengenai perkembangan politik negara percaya arus politik massa akan memihak kepada BN.

Dalam wawancara khas bersama Bernama, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Kamaruddin M Said, meramalkan BN mempunyai peluang untuk menang 2/3 kerusi parlimen pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Ia merujuk kepada dasar dan perlaksanaan dasar yang dilakukan oleh kerajaan BN tetap jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat. Selain daripada memang lebih 2/3 majoriti, beliau turut optimis BN akan dapat merampas semula kerusi-kerusi yang hilang pada pilihan raya yang lalu.

Ini kerana para pengundi pada 2008, telah mula menyedari dan melihat kesilapan mereka 4 tahun lepas, ingin menebus kembali kesilapan yang pernah dilakukan itu. Kamaruddin mengakui bahawa pandangan beliau mungkin dianggap terlalu optimistik oleh sesetengah pihak tetapi pandangan ini berdasarkan kepada sentimen pengundi dan asas-asas yang memihak kepada BN.

Dengan menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya penyelarasan, beliau berpandangan pengundi 2008 sudah dapat menilai baik buruk, kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak BN dan pakatan pembangkang (PR).

Beliau turut bersandarkan kepada analisis yang optimis melalui kepimpinan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepimpinan BN sudah jauh berubah berbanding 2008. Dinamik, pemikiran yang lebih terancang dan langkah-langkah pembangunan yang strategik. Beberapa faktor ini difikirkannya akan mempengaruhi pengundi untuk memberi undi mereka kepada BN.

Malah sebelum ini, badan pemikir swasta, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) turut meramalkan BN akan memenangi PRU13 kerana sokongan masyarakat Melayu luar bandar telah kembali kepada Umno dan BN.

Dalam analisis yang dibentangkan, ASLI berkata BN dijangka memenangi 123-135 kerusi dalam pilihan raya akan datang, tetapi boleh mencapai setinggi 150 jika Perdana Menteri berjaya menarik pengundi Cina dan India yang dilihat semakin cenderung dan selesa dengan pendekatan Datuk Seri Najib.

Selain dari itu, kaji selidik yang dianjurkan Yayasan Ehwal Siswazah (YES) awal tahun lalu turut menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13. Tidak cukup dengan itu kaji selidik di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan turut menunjukkan populariti Perdana Menteri meningkat.

Kelantan sebagai contoh memperlihatkan tahap sokongan 60.8%, Kedah 63.8% dan Selangor 54.55%. Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini.
 
 

Pakatan Merancang Penipuan Pilihan Raya

Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin pakatan yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.

Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh pakatan dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.

Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN.

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen Bubar PRU13 Akan Dibuat Dalam Tempoh 60 Hari


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sebentar mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan.

Beliau berucap secara langsung pada jam 11.30 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Tun Mahathir : Usah Ikutkan Emosi



Rakyat Malaysia diingat untuk membuat pilihan yang tepat menjelang PRU13 nanti. Pilihlah parti politik yang telah memberikan khidmat bakti yang baik bagi mewakili mereka selain calon yang bakal menjadi PM untuk menerajui negara.


Suasana yang ada di Malaysia sekarang ini membolehkan sesesiapa walaupun tiada kompetensi; dapat dicalonkan atau menawarkan diri bertanding sebagai ahli politik. Mereka tiada kelulusan dalam bidang yang berkaitan, jika ini dibiarkan, ia menyebabkan berlakunya kerosakan dalam negara.

Teresa Kok Juga Menghina Pasukan Keselamatan Ops Daulat


Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan, seperti polis dan tentera, kini tiba pula giliran Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada diceroboh orang asing.

Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara Umno walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.

Kerana Video: Angkatan Muda Keadilan Alih Muka Ke Lain Bila Ditanya.

Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video “Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa” namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.

Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu.

Calon PKR Pilihan Anwar Diejek


Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri.  Calon tersebut ialah Dato’ Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang.  Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR.

Jiratkan Kit Siang Di Gelang Patah.


Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.

Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.