Friday, June 6, 2014

pas de dog

Nama yang baik adalah doa yang mampu menyerlahkan sifat dalam membentuk budi pekerti yang luhur.

Oleh kerana itu, sering Rasulullah SAW mengubah nama buruk kepada nama yang baik seperti nama kota, nama manusia dan lain-lain. Contohnya, nama Yatsrib yang maksudnya ‘mengancam’ adalah nama lama yang diubah menjadi ‘al-Madinah’ oleh Rasulullah SAW yang maknanya ‘tempat peradaban.’

Ali Abi Talib menamakan anaknya ‘Harb’ (perang) yang turut diubah oleh Rasulullah SAW dengan nama ‘al-Hasan’ (yang baik). Umar menamakan anak perempuannya ‘Ashiyah’ (derhaka/pembangkang) dan diganti oleh Nabi SAW menjadi ‘Jamilah’ (cantik). Seorang wanita bernama ‘Barrah’ dinamakan Nabi SAW dengan nama ‘Zainab.’

Nama yang baik perlu diberikan agar nama itu menjadi doa atau sebagai ingatan pada sesuatu yang berkaitan dengan namanya, seperti hasrat, peringatan atau agar dijadikan contoh teladan keadaan, situasi atau tokoh yang bernama sedemikian.
Ketika seorang memberi nama anaknya ‘Muhammad,’ ‘Musa’ atau ‘Aisyah,’ ‘Khadijah’ atau ‘Rabiatul Adawiyah’ maka yang diharapkan daripada nama ini adalah agar anak meneladani sifat-sifat tokoh berkenaan. Ketika si anak dinamakan ‘Hasan,’ ‘Jamil’ atau ‘Syifa’ (kesihatan/kesempurnaan), ‘Halimah’ (lapang dada), ‘Aminah’ (selalu berasa aman), maka ia adalah doa agar anak dapat memiliki sifat-sifat berkenaan.

Rasulullah SAW sering memperoleh kesan daripada sesuatu nama. Amat rumit perundingan Hudaibiyah dan silih berganti pimpinan delegasi musyrik, tetapi ketika ‘Sahl’ (mudah) tampil sebagai pimpinan delegasi musyrik, Nabi SAW bersabda, “Sudah dipermudah perundingan kita.” Dan ternyata kemudian, perundingan dengan delegasi kaum musyrik dipimpin oleh Sahl – dan yang menghasilkan perjanjian dengan Hudaibiyah itu berhasil dengan amat baik.

Sebelum berkecamuk Perang Badar, berlakulah terlebih dulu pertarungan tiga lawan tiga. Ali (yang tinggi) anak Abu Talib melawan al-Walid (anak kecil) anak Utbah, sedangkan bapa saudara Nabi SAW, iaitu Hamzah (singa) melawan Syaibah (orang tua) anak Rabiah. Ali dan Hamzah berjaya membunuh kedua lawannya, tetapi ‘Ubaidillah’ (si kecil, hamba Allah SWT) yang melawan ‘Utbah’ (yang dikecam perbuatannya) seimbang dalam perlawanan itu walaupun pada akhirnya atas bantuan Ali dan Hamzah, tokoh musyrik yang ketiga itu juga terbunuh.

Ahli sufi menilai bahawa nama yang mereka sandang itu, di samping menggambarkan sifat mereka, juga menjadi doa sehinggakan wajarlah jika hasil pertarungan itu seperti di atas.

Kita boleh bersetuju atau tidak dengan kesan di atas, namun yang jelas, nama dapat memberikan kesan baik sehingga menimbulkan rasa percaya diri atau buruk – sehingga menimbulkan rasa rendah diri paling tidak kepada anak yang diberi nama. Dari sini agaknya ada yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW menyatakan, “nama yang paling disukai
Allah SWT adalah apa yang didengar Dia disembah.”

Pas sering melabelkan perjuangan mereka itu sebagai perjuangan Islam untuk umat Islam, sedangkan Parti Pas hanya berada di Malaysia sahaja dan sudah tentulah nama itu tidak dapat pergi jauh selain bermaksud pas atau passport di beberapa tempat di dunia. Sedangkan apabila perkataan ‘pas’ diterjemahkan ke bangsa asing ia membawa maksud yang amat memalukan.

Contohnya, perkataan pas jika diterjemahkan dalam pelbagai bahasa yang lain. Maknanya adalah seperti berikut:- hanya; (African, Belanda), selepas (Albanian), karat (Azerbaijani, Turkish), langkah (Catalan), anjing (Croatian, Serbian), ghairah ( Latin), tidak (French), tali pinggang (Polish). Selainnya perkatan pas membawa maksud pas atau passport.

Moralnya, apabila kita ingin memberikan nama kepada sesuatu sama ada nama anak, pertubuhan, tempat atau jenama barangan kita perlulah juga melihat maksud nama tersebut mengikut geografi bahasa. Dalam perkembangan dunia global kini, mungkin kita boleh berbangga dengan sebutan yang kita rasakan ianya baik padahal perkataan itu membawa maksud sebaliknya.

Meskipun Pas adalah nama khas tetapi itulah makna yang akan difahami otak penduduk bangsa berkaitan apabila mendengarnya. Atau adakah ini merupakan perkara tersirat yang telah ditentukan. Sebab itulah natijahnya kini; kita melihat perjuangan Pas adalah tidak konsisten atau dalam erti kata lain; lain dicakap lain pula yang dibuat.

Berfikirlah kerana fikir itu pelita hati. Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa dengan berkata; “Ya Allah Ya Tuhan Ku, jadikanlah diriku ini termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman”.

Waallah hu alam.

No comments:

Post a Comment