Monday, July 15, 2013

Pilih Calon BN Dalam PRK Kuala Besut; Anok Ustaz, Profesional dan Ore Muda

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bagi PAS, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris ketika sidang media hari ini berkata Azlan yang dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS. "Dulu, lama dah ... Saya tak ingat tahunnya.

Beliau AJK Pemuda Umno cawangan Gong Dering, Kg Baru," kata ahli Parlimen Besut itu kepada pemberita. Jelas Idris, PAS juga bukan sahaja sukar untuk menang di kerusi Kuala Besut, kerana kerusi ini merupakan legasi BN, mereka juga jelas Menteri Pendidikan II itu sukar untuk seri dengan Umno.

"Mereka nak seri pun susah ... Lagikan nak menang," katanya. Tiga faktor yang menjadi kriteria dan kelebihan utama BN menang kerusi DUN Kuala Besut jelas Idris adalah calon mereka merupakan seorang ustaz, profesional,dan juga orang muda.


Malah, disebabkan itu juga beliau sekali lagi menegaskan sasaran majoriti 4,000 undi bagi BN akan dicapai memandangkan kelemahan PAS di kawasan yang dimenangi BN sejak Pilihan Raya 2009.

BN sebelum ini memenangi 17 daripada 32 kerusi, manakala Pakatan Rakyat (PR) memenangi 15 kerusi di Terengganu ketika Pilihan Raya 2013 lalu. Kuala Besut mempunyai sejumlah 17,683 pengundi berdaftar.

Sementara BN cuba memastikan untuk tidak berlakunya DUN tergantung, PAS bagaimanapun mengharapkan agar berlaku DUN tergantung dengan 16:16 kerusi, kerana menurut mereka ia akan memberikan kelebihan kepada penduduk Terengganu.

No comments:

Post a Comment