Monday, July 15, 2013

Laluan Sukar Buat Pas di Kuala Besut

Keputusan adalah hak Allah SWT.

Manusia merancang tetapi sudah semestinya manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah SWT untuk anugerahkan kemenangan kepada parti mana dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

Sejak dulu lagi, PAS sukar untuk mendapat kemenangan di Besut, kerana orang orang PAS tidak mampu untuk bersatu.

Itulah fakta sebenar. Saya ada pengalaman selama 10 tahun. Inilah punca sebenar PAS Besut sukar untuk menang kecuali PRU 10 (1999-2004) PAS menang kesemua DUN dan Parlimen atas nama undi protes.


Itulah perkara buruk yang menjadi sebab PAS tak boleh menang di Besut. Khusus di DUN Kuala Besut yang akan diadakan pilihanraya kecil kali pertama selepas PRU 13.

Pas letaklah siapa pun calon, dan tentunya kemenangan begitu memihak kepada BN.


PAS DUN Kuala Besut selepas 1999 telah dua kali kalah sehingga PAS letak calon muslimat pula untuk raih kemenangan. Tak juga menang. Kalaulah BN letak calon wanita maka berbagai fatwa lama Pas akan diterbitkan dalam versi baru.


Tapi boleh kurang sikit majoritinya berbanding PRU 12 2,631 undi kepada 2,434. Majoriti undi 2,434 ini bukan suatu yang mudah untuk PAS memenangi kerusi DUN Kuala Besut meskipun umno ada dua puak berbanding PAS yang tak pernah sembuh berbalah sesama sendiri.

Umno hanya berpuak di negeri Terengganu, tetapi masih bersatu di kubu kuatnya berbanding PAS yang kelihatan masih bersatu padu dan berbalah macam api dalam sekam, duri dalam daging sehingga hari ini.

Yang sangat buruk pada PAS ada ura ura PKR semacam nak cuba “kacau daun” kalau nak menang kerusi DUN Kuala Besut calonnya bukan calon PAS.Sepatutnya PKR memberi bantuan semampu mungkin agar menang miskipun satu undi.

Jika pun Datuk Seri Anwar Ibrahim tokoh blackout berkampung di Kuala Besut pun pasti pengaruh undinya tidak mampu untuk mengatasi pengaruh undi Datuk Seri Najib Razak pada PRU 13 lepas. Makin menurun mungkin lebih jelas.

No comments:

Post a Comment