Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bagi PAS, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno, kata Datuk Seri Idris Jusoh.
Idris ketika sidang media hari ini berkata Azlan yang dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS.
"Dulu, lama dah ... Saya tak ingat tahunnya.
Beliau AJK Pemuda Umno cawangan Gong Dering, Kg Baru," kata ahli Parlimen Besut itu kepada pemberita.
Jelas Idris, PAS juga bukan sahaja sukar untuk menang di kerusi Kuala Besut, kerana kerusi ini merupakan legasi BN, mereka juga jelas Menteri Pendidikan II itu sukar untuk seri dengan Umno.
"Mereka nak seri pun susah ... Lagikan nak menang," katanya.
Tiga faktor yang menjadi kriteria dan kelebihan utama BN menang kerusi DUN Kuala Besut jelas Idris adalah calon mereka merupakan seorang ustaz, profesional,dan juga orang muda.
Malah, disebabkan itu juga beliau sekali lagi menegaskan sasaran majoriti 4,000 undi bagi BN akan dicapai memandangkan kelemahan PAS di kawasan yang dimenangi BN sejak Pilihan Raya 2009.
BN sebelum ini memenangi 17 daripada 32 kerusi, manakala Pakatan Rakyat (PR) memenangi 15 kerusi di Terengganu ketika Pilihan Raya 2013 lalu.
Kuala Besut mempunyai sejumlah 17,683 pengundi berdaftar.
Sementara BN cuba memastikan untuk tidak berlakunya DUN tergantung, PAS bagaimanapun mengharapkan agar berlaku DUN tergantung dengan 16:16 kerusi, kerana menurut mereka ia akan memberikan kelebihan kepada penduduk Terengganu.
Monday, July 15, 2013
Sunday, April 28, 2013
Perjanjian Syaitan Presiden Pas Hadi Awang
Majlis Syura boleh bertempik melolong dan berkata apa saja tetapi kepimpinan Pakatan Rakyat akan berpegang dalam apa yang telah mereka persetujui pada 8 Januari 2013
Berikut adalah kenyataan Azmin Ali di Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR Merchant Square, Damansara, berhubung penggunaan Kalimah Allah yang telah dipersetujui Presiden Pas, Hadi Awang.
“Pendirian Keadilan dan juga pakatan rakyat …SAMA …
tuntas, konsisten dan tidak berubah.
Dan baru baru ini Presiden Pas dalam mesyuarat Majlis Presiden
Pakatan Rakyat pada 8 Januari yang lalu… sekali lagi Presiden Pas kembali
mengulangi kedudukan yang diambil oleh Pas dalam konteks kalimah Allah. Dan
pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada tahun 2010.
Tidak berganjak . Walaupun perkara ini dibincang semula oleh
kerana beberapa kenyataan.
Tetapi pendirian Pas, pendirian Pakatan Rakyat tidak
berubah dan ini ditegaskan sekali lagi oleh Presiden Pas dalam mesyuarat Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat 8 Januari 2013 yang saya sedia maklum. Saudara saudari
juga ada kenyataan media berhubung penggunaan kalimah Allah ini.
Pakatan Rakyat terikat dengan dasar bersama, dalam
pakatan rakyat. InsyaAllah, ditakdirkan kemenangan oleh tuhan, kita diberikan
amanah di Putrajaya.
Sudah tentulah dasar-dasar yang akan dilaksanakan. Adalah
dasar-dasar yang telah dipersetujui bersama dalam Majlis Presiden Pakatan
Rakyat.
Dasar ini jelas telah ditegaskan sekali lagi oleh
Presiden Pas .
Maka Keadilan akan berpegang dan terus berpegang kepada pendirian
yang telah dibuat secara kolektif dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.”
Azmin juga menegaskan apa jua keputusan adalah merujuk
kepada keputusan awal yang telah dibuat setelah dibincang, dilulus dan
diperakukan bersama oleh Presiden Pas, Hadi Awang.
“Majlis Syura itu adalah struktur dan organisasi Pas dan dia
bukan kompenen Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Kita terikat kepada polisi Pakatan
Rakyat, yang kita telah dibincang, yang kita telah setuju.
Oleh kerana kita telah terikat kepada pendirian yang
telah dibuat secara kolektif. Kita akan berpegang kepada pendirian itu.
Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tidak boleh
sekat manusia daripada bercakap. Kita kena bela dan hormat kebebasan demokrasi
kepada individu atau institusi untuk meluahkan pandangan mereka.
Namun Majlis Syura terikat dangan ahli ahli Pas, tetapi
kita Keadilan, Dap dan Pas terikat dengan polisi Majlis Pakatan Rakyat. Bincang, dilulus dan diperakukan di dalam
Majlis Presiden Pakatan Rakyat, yang dibuat pada 8 Januari.”
Kita berpegang kepada pendirian yang sama. Kita tidak
boleh tukar pendirian setiap hari.
https://www.youtube.com/watch?v=i-NpdA9t5yg
Wednesday, April 24, 2013
AJARAN SESAT NIK AZIZ
![]() |
Demostrasi serupo solat 5 waktu ? |
Sejak dari dulu dan sehingga kini, sentiasa ada orang yang
menganggap dirinya hebat berbanding dengan orang lain. Perasaan ini amatlah
tercela dan wajar dihindari kerana ia akan menjadi penghakis amalan baik yang
kita buat sepanjang hidup kita.
Gunakan anugerah ilmu yang diberikan untuk menyatukan
ummah dan bukannya berdoa bidaah untuk menghancurkan K.O kan sesama Islam.
Apabila ulama telah cinta kepada dunia, dan memang
benarlah fitnah ini telah terjadi. Nik Aziz sanggup memutar belitkan kenyataan
semata-mata mahu menghalalkan kemahuannya mengikut citarasanya. Rakyat
harus sedar bahawa Nik Aziz ini membawa ajaran agama Pas yang terlalu jauh
terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya.
Berikut
adalah kenyataan Nik Aziz yang ternyata sesat apabila dia menjirim dan menjisimkan
sifat Allah dalam takluk dimensi ruang, jarak dan masa.
“DI
SAAT YANG PALING RAPAT TUHAN DENGAN KITA MANUSIA IALAH BELUM SUBUH. BELUM SUBUH
NI IALAH SAAT YANG PALING RAPAT YANG ALLAH TURUN. ALLAH TAALA TURUN KE LANGIT DUNIA
DI SAAT AKHIR MALAM. TAPI UNTUK MUDAH ORANG PAHAM. UNTUK MUDAH MANUSIA FAHAM
BAHAWA TUHAN NI WALAUPUN DIA MAHA TINGGI, MAHA KUDUS, MAHA GAPO. TAPI DIA BULEH
PERAPAT DIA DENGAN KITA, DENGAN MANUSIA NI HINGGA SAMPAI DIA TURUN KE LANGIT
DUNIA.”
Kenyataan
Nik Aziz ini seolah-olah bumi ini menggunakan masa yang sama, serentak sehingga
dia terlupa ada tempat yang masih pagi, tengahari, petang, malam, subuh dan
seterusnya. Kenyataan sesat Nik Aziz bukan sahaja keliru tapi ianya tambah mengelirukan
lagi pemikiran masyarakat.
Nik
Aziz sebenarnya dilihat cuba menunjukkan kehebatan dengan bercakap soal
ketuhanan setelah melakukan kesilapan membenarkan nama Allah diguna oleh orang
bukan Islam.
Sifat
sombong yang menjadi darah dagingnya dan dikuti pula golongan bodek taksub
pengikutnya. Nik Aziz tidak pernah mengiyakan kesalahan setelah ditegur atau
dikritik malah dengan selamba terus mencelarukan keadaan. Ini terbukti apabila Nik
Aziz juga menyamakan solat 5 waktu itu seperti demonstrasi jalanan Bershit yang
dipimpin oleh Ambiga.
Sunday, April 21, 2013
Rakyat Tolak Calon Berpeluk Tubuh
![]() |
Rakyat tolak pemimpin berpeluk tubuh. |
Sepanjang tempoh lima tahun PKR tidak pernah muncul untuk
menjaga kepentingan penduduk Bandar di Kuala Terengganu selain daripada datang hanya
untuk mengutip derma melalui hamburan fitnah terhadap segala usaha dan
perancangan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Dato’ Toh Chin Yaw, calon Barisan Nasional DUN Bandar
adalah wakil rakyat yang disegani pelbagai kaum. Dengan kefasihan berbahasa
Melayu serta sifat ringan tulangnya dalam menyumbang khidmat bakti kepada
masyarakat di Kuala Terengganu tidak dapat dinafikan lagi.
Masyarakat Bandar Kuala Terengganu rata-rata tidak dapat
menerima calon yang hanya muncul di saat saat pilihan raya menjelang tiba.
Apatah lagi calon yang tidak pernah buat apa-apa untuk membantu rakyat di Kuala
Terengganu. Azan Ismail hanya dikenali penduduk Kuala Terengganu setelah
posternya terpampang di sekitar Bandar Kuala Terengganu dalam keadaan berpeluk
tubuh.
Melihatkan poster Azan Ismail dalam keadaan berpeluk
tubuh telah tambah menyakinkan lagi rakyat untuk menolak calon berpeluk tubuh.
Rakyat mahukan pemimpin yang sanggup turun padang dan datang bertemu rakyat
tanpa mengira masa terutama ketika rakyat ditimpa musibah.
Kebanyakan pemimpin pakatan akan melompat bertanding ke
tempat lain setiap kali pilihan raya. Segala janji yang ditaburi akan ikut sama
terlompat dan tinggallah rakyat yang tertipu dengan menaruh harapan kepada
calon yang baru.
Dato’ Toh Chin Yaw yang juga exco kerajaan negeri
Terengganu telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada penduduk Bandar Kuala
Terengganu dan perkhidmatan beliau amat diperlukan bagi memastikan kebajikan
rakyat terus terbela. Pilihlah Barisan Nasional, janji ditepati.
Subscribe to:
Posts (Atom)