Tuesday, April 2, 2013

Tun Mahathir : Usah Ikutkan Emosi



Rakyat Malaysia diingat untuk membuat pilihan yang tepat menjelang PRU13 nanti. Pilihlah parti politik yang telah memberikan khidmat bakti yang baik bagi mewakili mereka selain calon yang bakal menjadi PM untuk menerajui negara.


Suasana yang ada di Malaysia sekarang ini membolehkan sesesiapa walaupun tiada kompetensi; dapat dicalonkan atau menawarkan diri bertanding sebagai ahli politik. Mereka tiada kelulusan dalam bidang yang berkaitan, jika ini dibiarkan, ia menyebabkan berlakunya kerosakan dalam negara.



"Jadi ahli politik untuk cari makan, bukan untuk berkhidmat kepada rakyat. Jadi kita mungkin terdedah kepada pemimpin salah guna kuasa dan rakyat kena bijak menilai perkara ini bagi memastikan orang yang kita pilih itu benar-benar mampu mendatangkan kebaikan kepada kita dan negara.

"Kita kena mendidik pemimpin supaya lebih faham mengenai peranan mereka, contohnya ada kursus di universiti macam mana jadi Perdana Menteri," Kata Tun Mahathir ketika berucap dalam Bicara Negarawan 'Kecemerlangan Kepemimpinan Pendidikan Teras Pembentukan Generasi Terbilang, di hadapan 2000 peserta di Shah Alam, semalam.



No comments:

Post a Comment