Demostrasi serupo solat 5 waktu ? |
Sejak dari dulu dan sehingga kini, sentiasa ada orang yang
menganggap dirinya hebat berbanding dengan orang lain. Perasaan ini amatlah
tercela dan wajar dihindari kerana ia akan menjadi penghakis amalan baik yang
kita buat sepanjang hidup kita.
Gunakan anugerah ilmu yang diberikan untuk menyatukan
ummah dan bukannya berdoa bidaah untuk menghancurkan K.O kan sesama Islam.
Apabila ulama telah cinta kepada dunia, dan memang
benarlah fitnah ini telah terjadi. Nik Aziz sanggup memutar belitkan kenyataan
semata-mata mahu menghalalkan kemahuannya mengikut citarasanya. Rakyat
harus sedar bahawa Nik Aziz ini membawa ajaran agama Pas yang terlalu jauh
terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya.
Berikut
adalah kenyataan Nik Aziz yang ternyata sesat apabila dia menjirim dan menjisimkan
sifat Allah dalam takluk dimensi ruang, jarak dan masa.
“DI
SAAT YANG PALING RAPAT TUHAN DENGAN KITA MANUSIA IALAH BELUM SUBUH. BELUM SUBUH
NI IALAH SAAT YANG PALING RAPAT YANG ALLAH TURUN. ALLAH TAALA TURUN KE LANGIT DUNIA
DI SAAT AKHIR MALAM. TAPI UNTUK MUDAH ORANG PAHAM. UNTUK MUDAH MANUSIA FAHAM
BAHAWA TUHAN NI WALAUPUN DIA MAHA TINGGI, MAHA KUDUS, MAHA GAPO. TAPI DIA BULEH
PERAPAT DIA DENGAN KITA, DENGAN MANUSIA NI HINGGA SAMPAI DIA TURUN KE LANGIT
DUNIA.”
Kenyataan
Nik Aziz ini seolah-olah bumi ini menggunakan masa yang sama, serentak sehingga
dia terlupa ada tempat yang masih pagi, tengahari, petang, malam, subuh dan
seterusnya. Kenyataan sesat Nik Aziz bukan sahaja keliru tapi ianya tambah mengelirukan
lagi pemikiran masyarakat.
Nik
Aziz sebenarnya dilihat cuba menunjukkan kehebatan dengan bercakap soal
ketuhanan setelah melakukan kesilapan membenarkan nama Allah diguna oleh orang
bukan Islam.
Sifat
sombong yang menjadi darah dagingnya dan dikuti pula golongan bodek taksub
pengikutnya. Nik Aziz tidak pernah mengiyakan kesalahan setelah ditegur atau
dikritik malah dengan selamba terus mencelarukan keadaan. Ini terbukti apabila Nik
Aziz juga menyamakan solat 5 waktu itu seperti demonstrasi jalanan Bershit yang
dipimpin oleh Ambiga.
No comments:
Post a Comment