Thursday, April 4, 2013

BN Menang Besar PRU13

Pembubaran Parlimen yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah menimbulkan banyak persoalan terutama di kalangan ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali diberikan mandat oleh rakyat atau sebaliknya.

Namun apa yang pasti ia terpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi yang akan membuat pilihan dalam menentukan mereka yang layak diberikan amanah dan tanggungjawab dalam mengurus tadbir negara.

Seorang tokoh akademik yang ingin merungkai persoalan tersebut, telah melakukan kaji selidik dan analisa mengenai perkembangan politik negara percaya arus politik massa akan memihak kepada BN.

Dalam wawancara khas bersama Bernama, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Kamaruddin M Said, meramalkan BN mempunyai peluang untuk menang 2/3 kerusi parlimen pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Ia merujuk kepada dasar dan perlaksanaan dasar yang dilakukan oleh kerajaan BN tetap jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat. Selain daripada memang lebih 2/3 majoriti, beliau turut optimis BN akan dapat merampas semula kerusi-kerusi yang hilang pada pilihan raya yang lalu.

Ini kerana para pengundi pada 2008, telah mula menyedari dan melihat kesilapan mereka 4 tahun lepas, ingin menebus kembali kesilapan yang pernah dilakukan itu. Kamaruddin mengakui bahawa pandangan beliau mungkin dianggap terlalu optimistik oleh sesetengah pihak tetapi pandangan ini berdasarkan kepada sentimen pengundi dan asas-asas yang memihak kepada BN.

Dengan menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya penyelarasan, beliau berpandangan pengundi 2008 sudah dapat menilai baik buruk, kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak BN dan pakatan pembangkang (PR).

Beliau turut bersandarkan kepada analisis yang optimis melalui kepimpinan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepimpinan BN sudah jauh berubah berbanding 2008. Dinamik, pemikiran yang lebih terancang dan langkah-langkah pembangunan yang strategik. Beberapa faktor ini difikirkannya akan mempengaruhi pengundi untuk memberi undi mereka kepada BN.

Malah sebelum ini, badan pemikir swasta, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) turut meramalkan BN akan memenangi PRU13 kerana sokongan masyarakat Melayu luar bandar telah kembali kepada Umno dan BN.

Dalam analisis yang dibentangkan, ASLI berkata BN dijangka memenangi 123-135 kerusi dalam pilihan raya akan datang, tetapi boleh mencapai setinggi 150 jika Perdana Menteri berjaya menarik pengundi Cina dan India yang dilihat semakin cenderung dan selesa dengan pendekatan Datuk Seri Najib.

Selain dari itu, kaji selidik yang dianjurkan Yayasan Ehwal Siswazah (YES) awal tahun lalu turut menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13. Tidak cukup dengan itu kaji selidik di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan turut menunjukkan populariti Perdana Menteri meningkat.

Kelantan sebagai contoh memperlihatkan tahap sokongan 60.8%, Kedah 63.8% dan Selangor 54.55%. Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini.
 
 

Pakatan Merancang Penipuan Pilihan Raya

Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin pakatan yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.

Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh pakatan dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.

Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN.

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen Bubar PRU13 Akan Dibuat Dalam Tempoh 60 Hari


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sebentar mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan.

Beliau berucap secara langsung pada jam 11.30 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.

Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Tun Mahathir : Usah Ikutkan Emosi



Rakyat Malaysia diingat untuk membuat pilihan yang tepat menjelang PRU13 nanti. Pilihlah parti politik yang telah memberikan khidmat bakti yang baik bagi mewakili mereka selain calon yang bakal menjadi PM untuk menerajui negara.


Suasana yang ada di Malaysia sekarang ini membolehkan sesesiapa walaupun tiada kompetensi; dapat dicalonkan atau menawarkan diri bertanding sebagai ahli politik. Mereka tiada kelulusan dalam bidang yang berkaitan, jika ini dibiarkan, ia menyebabkan berlakunya kerosakan dalam negara.