Tuesday, December 13, 2011

Makna MELAYU; coMEL dan AYU itulah bangsaku.


Maklumat di atas saya perolehi daripada Kamus; A Malay-English Dictionary by A.E.Coope

menurut kamus Dewan pula >>> Melayu nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk melayu a)mengikut cara hidup orang-orang Melayu; b) masuk Islam;

Sebelum itu saya pernah mendengar makna MELAYU itu daripada perkataan coMEL dan AYU iaitu comel niatnya, comel katanya dan comel perbuatannya. Maka ayulah yang tergambar, terdengar dan terlihat.

Ayu - cantik, lawa, kacak, segak.

MEL adalah singkatan kata daripada perkataan comel iaitu perkataan pertama yang akan disebut apabila orang tua menyentuh atau mencuit pipi bayi atau anak kecil.

Siapakah Melayu menurut tafsiran Perlembagaan? Takrifan Melayu sebenarnya sangat luas dan jika diambil daripada konteks sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa, dan loghat, kebanyakan ahli bahasa dan budayawan menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu.

Jika merujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Untuk menjadi seorang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya beragama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang yang berketurunan Melayu sekalipun, bagi maksud Perlembagaan, dia bukan Melayu jika tidak beragama Islam.

Maka melayu itu adalah beragama Islam.

Monday, July 25, 2011

Tujuh Amanat Presiden UMNO

‘Melayu Akan Sentiasa Ingat’


Pandangan jauh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuktikan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat di pentas antarabangsa.

MELAYU AKAN SENTIASA INGAT

Melayu akan sentiasa ingat
Melayu akan sentiasa ingat
Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya dipijak

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya retak

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya teriak

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya haprak

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya hina

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya sengketa

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya derita

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya kerdil

Melayu akan sentiasa ingat
Dulu bangsanya terpencil
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu akan sentiasa ingat
Melayu akan sentiasa ingat
Melayu akan sentiasa ingat
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Ingatlah sentiasa dan teruskan langkahmu
Kerana perjuanganmu belum selesai.

(Tulisan sajak ini berdasarkan pemahaman penulis ke atas sajak Melayu Mudah Lupa karya Tun Dr. Mahathir Mohamad)

Berdoalah Untuk Memperbaiki Iman dan Amal


Pemaparan kain rentang cara Pas berdoa telah menunjukkan mereka telah berada jauh dari landasan Islam yang sebenarnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Amin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." (Abu ad-Darba' r.a.)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda bersabda:”Semoga hujan yang bermanfaat.”(al-Bukhari)

Huraian:

1. Doa dari seorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain dengan harapan semoga ia beroleh kebaikan atau terselamat dari bala bencana adalah dituntut oleh syarak sama ada setahu orang yang didoakan itu atau tidak.

2. Sesungguhnya setiap kebaikan (doa) yang dipohon itu akan turut diaminkan oleh malaikat dalam erti kata agar doa itu dikabulkan oleh Allah s.w.t. bahkan orang yang berdoa itu sendiri akan beroleh kebaikan yang sama sebagai menghargai keikhlasan hatinya mendoakan saudaranya itu.


3. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya.


4. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok.


Itulah persepsi biasa dalam masyarakat. Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya.


Mengenai akhlak terhadap sesama manusia, al-Quran memberi petunjuk bukan hanya dalam bentuk larangan melakukan hal-hal yang negatif seperti membunuh, tetapi juga memaki hamun, menyakiti hati dengan cara mendoakan kemusnahan kepada peminpin.

Seseorang yang berpengetahuan agama, tetapi telah menyalahgunakan hakikat doa kerana jelas mempunyai dendam kesumat. Dengan mengatakan ianya suruhan agama, walhal kerana tuntutan politik peribadi, maka sanggup menghancurkan orang lain sama ada melalui kata-kata dan tindakan, amat malang sekali jika orang muslim mengikutinya

Seharusnya tokoh agama yang mendapat sanjungan dan penghormatan masyarakat tidak menggunakan kedudukan itu untuk mendoakan kemusnahan orang lain. Sebagaimana yang diamalkan dalam ahlul sunnah wah jamaah, iaitu tidak ada doa bala melainkan memohon supaya mendapat hidayah, atau terbuka pintu hati untuk melakukan kebajikan atau keadilan.

Demikian juga dengan doa para nabi, seperti Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Ayub, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Isa – kebanyakannya berunsur kelembutan dan rendah diri serta untuk kebaikan ummahnya.

Sebagai contoh, doa Nabi Musa ketika beliau ditetapkan sebagai Nabi dan Rasul bagi menghadapi Firaun. Katanya: “Tuhanku! Lapangkanlah untukku, dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan daripada lidahku, agar mereka memahami ucapanku.” (Surah Taha: 25-28)

Seharusnya jika emosi marah sekalipun melingkari setiap tindakan dan minda, sebaik-baik doa yang perlu dilakukan ialah “memohon petunjuk Allah s.w.t agar dibukakan pintu hati” dan dilembutkan setiap kata-kata semoga keputusan sebelumnya akan berubah dan menyenangkan.

Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa agar lisan baginda digunakan dalam hal-hal yang baik.
Imam Ahmad ibn Hanbal walaupun pernah dipenjara oleh penguasa (kerana ketegasannya) pernah berkata: ”Seandainya kita mempunyai doa yang kita ketahui makbul, nescaya kita gunakan mendoakan kepada ketua negara.”

“Agama itu adalah akhlak yang baik dan agama itu ialah engkau tidak boleh marah.” (Maksud Hadis)

Demikian juga kita tidak dibenarkan mendoakan kemusnahan keatas orang kafir atau musyrik.

Nabi s.a.w sesungguhnya tidak pernah memohon kebinasaan bagi sesuatu kaum kecuali terhadap mereka yang memerangi umat Islam secara fizikal.

Salah satu doa baginda yang terkenal ialah: ”Wahai Tuhan, berikanlah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui”.

Dan nabi Muhammad saw sendiri dibangkitkan bukan untuk ‘mengutuk’. (Maksud Hadis)

Betapa Rasulullah s.a.w telah memberikan keteladanan akhlak mendahului hal-hal yang bersifat ritual. Bahkan, seorang ahli ibadah tidak ada nilainya di hadapan Ilahi ketika akhlaknya buruk, sebagaimana diriwayatkan tentang orang yang memuji-muji seorang ahli ibadah dan berkata:

”Tentulah si fulan itu ahli syurga kerana dia sentiasa solat tepat pada waktunya, puasa sunat tidak pernah ditinggalkannya, setiap malam Jumaat dia membaca al-Quran dan bangun tengah
malam.”

Kemudian Rasulullah s.a.w menjawab, “Tidak. Dia ahli neraka! Seluruh ibadahnya hancur kerana dia mempunyai akhlak yang buruk, suka merosakkan orang dengan lidahnya.”

Si fulan yang ahli ibadah tersebut menjadi penghuni neraka kerana ibadahnya tidak menjadi motivasi untuk berakhlak yang baik. Nilai ibadah ritualnya hancur, tidak bererti lagi bagaikan api yang membakar kayu bakar. Apabila akhlak ahli ibadah itu buruk, apalah ertinya bentuk ibadah ritual apabila tidak menjadi motivasi untuk menunjukkan cahaya akhlaknya di tengah-tengah masyarakat.

Berhubung soal akhlak ini, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar.” (Riwayat Ibnu Majah)

Sebaliknya, Rasulullah s.a.w memuji seorang yang memiliki keluhuran budi pekerti, sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tabrani daripada Anas r.a yang menyampaikan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang hamba akan mencapai kedudukan dan darjat yang paling tinggi di akhirat kerana akhlaknya yang baik, walaupun ia lemah dalam ibadah.”

Keberkesanan dakwah Rasulullah s.a.w kerana sentiasa memperkatakan sesuatu perkataan secara yang baik, berkesan, jelas, bermakna, mulia, terbaik, lemah-lembut, agung, bersih, murni, dan bukan mendoakan kemusnahan orang lain.

Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.

Wallahulam.