Tuesday, April 2, 2013

Calon PKR Pilihan Anwar Diejek


Ramai yang terkejut apabila calon pilihan Anwar untuk kerusi Parlimen Indera Mahkota telah diboo oleh penyokong PKR sendiri.  Calon tersebut ialah Dato’ Fauzi Abd. Rahman yang juga Pengerusi PKR Pahang.  Penyandang kerusi tersebut ialah Azan Ismail tetapi telah ditukarkan ke Terengganu, iaitu keputusan yang jelas tidak dipersetujui oleh akar umbi PKR.

Jiratkan Kit Siang Di Gelang Patah.


Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.

Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.

Dap Tidak Pandai Mengira Tanpa Sempoa?

DAP  adalah parti yang tidak berkebolehan.  Noktah.


Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat.  Tetapi, dengan hanya menulis sedemikian, mungkin puak-puak DAP tidak akan dapat memahami maksudnya.

Maksud yang perlu difahami di sini ialah, seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi  yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu.  Dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit?   Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?

Azizan Kritik Pakatan Banyak Berjanji


Nampaknya Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah telah membuat kenyataan yang boleh disifatkan sebagai ‘politically incorrect’ apabila mengkritik rakan sekutu sendiri terutama di saat pilihanraya menjelang tiba.

Kata Azizan di dalam satu wawancara ekslusif bersama The Malaysian Insider, PKR Selangor telah berbuat kesilapan kerana menabur janji yang terlalu banyak yang tidak mampu ditunaikan.   

Malah beliau juga menyatakan bahawa kesilapan itu adalah berpunca dari ketiadaan pengalaman dan menuduh rakyat yang menuntut janji agar kerajaan membayar rumah mereka sebagai  ‘puak yang gila’.

Tidak semena-mena yang menuntut janji pula yang dituduh gila, sedangkan yang gila adalah parti yang gila-gila menabur janji-janji gila.