Nama yang baik adalah doa yang mampu menyerlahkan sifat dalam membentuk budi pekerti yang luhur.
Oleh
kerana itu, sering Rasulullah SAW mengubah nama buruk kepada nama yang
baik seperti nama kota, nama manusia dan lain-lain. Contohnya, nama
Yatsrib yang maksudnya ‘mengancam’ adalah nama lama yang diubah menjadi
‘al-Madinah’ oleh Rasulullah SAW yang maknanya ‘tempat peradaban.’
Ali
Abi Talib menamakan anaknya ‘Harb’ (perang) yang turut diubah oleh
Rasulullah SAW dengan nama ‘al-Hasan’ (yang baik). Umar menamakan anak
perempuannya ‘Ashiyah’ (derhaka/pembangkang) dan diganti oleh Nabi SAW
menjadi ‘Jamilah’ (cantik). Seorang wanita bernama ‘Barrah’ dinamakan
Nabi SAW dengan nama ‘Zainab.’
Nama yang baik perlu
diberikan agar nama itu menjadi doa atau sebagai ingatan pada sesuatu
yang berkaitan dengan namanya, seperti hasrat, peringatan atau agar
dijadikan contoh teladan keadaan, situasi atau tokoh yang bernama
sedemikian.
Ketika seorang memberi nama anaknya ‘Muhammad,’ ‘Musa’
atau ‘Aisyah,’ ‘Khadijah’ atau ‘Rabiatul Adawiyah’ maka yang diharapkan
daripada nama ini adalah agar anak meneladani sifat-sifat tokoh
berkenaan. Ketika si anak dinamakan ‘Hasan,’ ‘Jamil’ atau ‘Syifa’
(kesihatan/kesempurnaan), ‘Halimah’ (lapang dada), ‘Aminah’ (selalu
berasa aman), maka ia adalah doa agar anak dapat memiliki sifat-sifat
berkenaan.
Rasulullah SAW sering memperoleh kesan
daripada sesuatu nama. Amat rumit perundingan Hudaibiyah dan silih
berganti pimpinan delegasi musyrik, tetapi ketika ‘Sahl’ (mudah) tampil
sebagai pimpinan delegasi musyrik, Nabi SAW bersabda, “Sudah dipermudah
perundingan kita.” Dan ternyata kemudian, perundingan dengan delegasi
kaum musyrik dipimpin oleh Sahl – dan yang menghasilkan perjanjian
dengan Hudaibiyah itu berhasil dengan amat baik.
Sebelum
berkecamuk Perang Badar, berlakulah terlebih dulu pertarungan tiga
lawan tiga. Ali (yang tinggi) anak Abu Talib melawan al-Walid (anak
kecil) anak Utbah, sedangkan bapa saudara Nabi SAW, iaitu Hamzah (singa)
melawan Syaibah (orang tua) anak Rabiah. Ali dan Hamzah berjaya
membunuh kedua lawannya, tetapi ‘Ubaidillah’ (si kecil, hamba Allah SWT)
yang melawan ‘Utbah’ (yang dikecam perbuatannya) seimbang dalam
perlawanan itu walaupun pada akhirnya atas bantuan Ali dan Hamzah, tokoh
musyrik yang ketiga itu juga terbunuh.
Ahli sufi
menilai bahawa nama yang mereka sandang itu, di samping menggambarkan
sifat mereka, juga menjadi doa sehinggakan wajarlah jika hasil
pertarungan itu seperti di atas.
Kita boleh bersetuju
atau tidak dengan kesan di atas, namun yang jelas, nama dapat memberikan
kesan baik sehingga menimbulkan rasa percaya diri atau buruk – sehingga
menimbulkan rasa rendah diri paling tidak kepada anak yang diberi nama.
Dari sini agaknya ada yang meriwayatkan bahawa Nabi SAW menyatakan,
“nama yang paling disukai
Allah SWT adalah apa yang didengar Dia disembah.”
Pas
sering melabelkan perjuangan mereka itu sebagai perjuangan Islam untuk
umat Islam, sedangkan Parti Pas hanya berada di Malaysia sahaja dan
sudah tentulah nama itu tidak dapat pergi jauh selain bermaksud pas atau
passport di beberapa tempat di dunia. Sedangkan apabila perkataan ‘pas’
diterjemahkan ke bangsa asing ia membawa maksud yang amat memalukan.
Contohnya,
perkataan pas jika diterjemahkan dalam pelbagai bahasa yang lain.
Maknanya adalah seperti berikut:- hanya; (African, Belanda), selepas
(Albanian), karat (Azerbaijani, Turkish), langkah (Catalan), anjing (Croatian, Serbian), ghairah ( Latin), tidak (French), tali pinggang (Polish). Selainnya perkatan pas membawa maksud pas atau passport.
Moralnya,
apabila kita ingin memberikan nama kepada sesuatu sama ada nama anak,
pertubuhan, tempat atau jenama barangan kita perlulah juga melihat
maksud nama tersebut mengikut geografi bahasa. Dalam perkembangan dunia
global kini, mungkin kita boleh berbangga dengan sebutan yang kita
rasakan ianya baik padahal perkataan itu membawa maksud sebaliknya.
Meskipun
Pas adalah nama khas tetapi itulah makna yang akan difahami otak
penduduk bangsa berkaitan apabila mendengarnya. Atau adakah ini
merupakan perkara tersirat yang telah ditentukan. Sebab itulah
natijahnya kini; kita melihat perjuangan Pas adalah tidak konsisten atau dalam erti kata lain; lain dicakap lain pula yang dibuat.
Berfikirlah kerana fikir itu pelita hati. Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa dengan berkata; “Ya Allah Ya Tuhan Ku, jadikanlah diriku ini termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman”.
Waallah hu alam.