Monday, March 11, 2013

PAS TIDAK MAMPU PERINTAH NEGARA


Pas adalah parti serpihan yang ditubuhkan akibat kekecewaan pengasas parti itu yang gagal dalam pemilihan merebut jawatan presiden dalam UMNO adalah sejarah yang tidak mungkin dipadamkan.

Setelah lebih setengah abad dan sehingga kini, pas masih tidak mampu untuk membuktikan ia adalah sebuah parti yang dominan.

Apatah lagi kemampuan Pas untuk memerintah negara yang sering dipertikaikan dengan fatwa-fatwa politik daripada kepimpinan Pas yang bercelaru.

Pas seumpama parti peminta sedekah, sehingga terpaksa mengemis untuk meletakkan calonnya agar bertanding dalam kerusi Parlimen.

Sebelum Pas berada dalam pakatan, Pas boleh membuat keputusan untuk bertanding di mana-mana kerusi parlimen atau dewan undangan negeri. Pas semakin lemah apabila tidak boleh menentukan kerusi parlimen di kawasan mana calon pas patut bertanding.

Pas hanya mendapat quota yang kecil dalam pembahagian kerusi parlimen pada pada PRU13. Tentunya dengan pencalonan sebanyak itu pas semakin tidak mampu untuk memerintah dengan sendiri, jika mereka hanya diberikan kerusi apatah lagi kurang daripada 60 kerusi yang belum tentu lagi menang. Untuk mendapat majoriti mudah pas perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen.


Dengan itu bagi membenarkan slogan Pas Ganti Umno, Pas mestilah meletakkan calonnya di mana sahaja calon Umno bertanding. Dengan kedudukan kerusi yang kecil itu ternyata Pas telah awal-awal lagi telah meletakkan partinya dalam istilah cakap tidak serupa bikin.

Kini rata-rata pemerhati politik dan termasuk kalangan pengikut pas telah melihat perkataan pas ganti Umno yang dijadikan slogan itu untuk menutup agenda pas menggugurkan ulama. Terutama beberapa insden yang berlaku terhadap kepimpinan ulama yang berada dalam parti tersebut.

PGU lebih relevan ditafsirkan sebagai Pas Gugur Ulama setelah Mat Sabu yang berpendidikan secular dilantik sebagai Timbalan Presiden setelah Ustaz Nasharudin disingkirkan daripada Majlis Ulama Pas. Mengikut sumber dalaman pakatan, PKR juga kini agak keras menyuarakan hasratnya kepada Pas untuk meletakkan sebilangan besar calon PKR di kerusi DUN yang dipertandingkan, sekurangnya dengan bilangan yang sama banyak.

Dengan keadaan politik yang kini rakyat lebih menyebelahi Barisan Nasional dengan pentas ceramah Pas semakin kurang hadirin, PKR berusaha untuk memastikan PKR mendapat kerusi di kawasan yang pernah dimenangi Pas untuk peluang kemenangan lebih mudah kepada PKR. Tentunya dengan keadaan ini Pas semakin tidak mampu untuk memerintah apatah lagi untuk memerintah di dalam mimpi pun.

No comments:

Post a Comment