Sunday, July 24, 2011

Perhimpunan Haram Bershit Seumpama Anjing Menyalak Di jalanan



Rakyat Malaysia pada umumnya telah matang berpolitik, malangnya kematangan rakyat Malaysia dalam memakmurkan politik ini telah cuba dicemari dengan agenda penerapan nilai politik jalanan oleh dalang politik. Berapa ramaikah yang telah menyertai perarakan pada hari Sabtu 9 Julai 2011 itu? Sebanyak manapun yang dikumpul, jumlah itu tidak sebanyak mana kerana rakyat Malaysia berjumlah 27.56 juta. Penganjur perhimpuan haram bershit ini menyembunyikan kekecewaan mereka dengan mendabik dada dan mencanang seolah-olah perhimpunan haram bershit ini berjaya.

Terdapat media interaktif yang begitu aktif melakukan manipulasi berita untuk cuba mengaburi tindakan yang amat tidak bertamadun ini, dengan memainkan beberapa tindakan pencegahan yang cuba digambarkan seolah-olah polis bertindak kejam. Walhal pihak polis telah terlebih dahulu melaksanakan tugas demi menjaga keamanan negara. Amaran awal telah dikeluarkan demi kepentingan umum.

Pada suatu ketika dahulu golongan ini gemar menggunakan masa selepas solat Jumaat ketika jemaah mula keluar dari masjid. Oleh kerana tindakan mereka itu bertentangan dengan firman yang bermaksud; apabila selesai mengerjakan solat hendaklah kamu keluar beramai-ramai mencari kurnia Allah.

Kini mereka beralih kepada hari Sabtu kerana keadaan jalan agak yang sibuk. Terdapat juga pelajar institusi pengajian tinggi yang dijadikan alat untuk menunjukkan sokongan kepada mereka. Yang jelas golongan ini mempunyai agenda untuk mewujudkan kecelaruan dalam negara atau dalam ertikata lain apa yang berlaku tidak lain dan tidak bukan telah menunjukkan niat mereka. Ini terbukti dengan perancangan mereka dalam memilih lokasi perhimpunan di jalan-jalan utama yang sememangnya sibuk.

Amat memalukan lagi, apabila t-shirt kuning yang dijadikan baju rasmi itu seolah-olah mempunyai martabat yang lebih tinggi dari jubah. Dimanakah pendirian orang yang dikatakan alim? Bahkan terdapat peserta perarakan bershit itu berpakaian yang kelihatan islamik tetapi meminum air dari tin secara menogok. Akhlak dan perilaku peserta perhimpunan haram bershit ini jelas menunjukkan kedangkalan budi pekerti. Ada juga wanita yang bertudung tetapi bertempik dengan kata-kata yang kesat seolah-olah mengalami hysteria.

Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana sebahagian besar rakyat khususnya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta rakyat Malaysia amnya tidak menyertai perhimpunan haram bershit ini. Mereka adalah merupakan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. Mereka akur dan patuh serta telah menerima nasihat yang telah dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan kerajaan.

Penganjur perhimpunan haram bershit telah membuat sebaran maklumat yang tidak benar sama sekali demi untuk mewujudkan krisis keyakinan untuk mengelirukan rakyat dan menimbulkan keadaan yang tidak menentu seperti ini dan masa pilihan raya dan sebagainya. Dan rakyat mestilah faham bahawa khabar angin seperti ini dalam bentuk sms adalah juga khabar angin yang tidak berasas sama sekali. Peniaga yang menjalankan perniagaan mencari rezeki di kawasan yang terlibat dengan provokasi perhimpunan haram bershit ini amat kesal dengan kejadian yang berlaku.

Masa adalah sesuatu yang berharga, perarakan di jalanan adalah politik murahan walau apa pun alasan yang diberi. Pertemuan pemimpin perhimpunan haram bershit ini telah berlaku dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan sesuatu yang tidak menjadi halangan untuk memorandum itu diserahkan pada pertemuan tersebut.

Apakah agenda yang cuba diselindungkan? Siapakah yang telah menaja t-shirt kuning bershit itu? Inilah persoalan yang timbul apabila ada pengakuan yang mengatakan mereka dibayar sehingga RM200 seorang untuk menyertai perhimpunan haram bershit ini. Pihak berkuasa perlu mengadakan siasatan secara menyeluruh bagi memastikan usaha-usaha untuk mengugat keamanan negara dapat dibasmi dengan segera.

Pihak penganjur perhimpunan haram bershit memilih untuk mengadakan perarakan di tengah-tengah Bandar kerana mereka bertujuan memberi gambaran bahawa Malaysia tidak mempunyai kestabilan politik. Mereka mempunyai niat untuk mengekploitasi isu ini sebanyak mungkin terutama dalam memburukkan imej pihak berkuasa , polis menggunakan kekerasan untuk bertindak terhadap mereka. Jika mereka tuntut itu ialah untuk mendapat pilihan raya yang adil dan bersih, semua orang mempunyai pendapat yang sama. Kerajaan yang berdiri hari ini adalah kerana yang sentiasa mengamalkan dan berterusan inginkan pilihan raya yang adil dan bersih dan itulah amalan pilihan raya sejak pilihan raya diperkenalkan di negara kita ini.

Apa pun perkara yang dibuat untuk merosak dan memburukkan negara adalah merupakan tindakan yang pada hakikatnya adalah tindakan gagal. Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada negara kita dan janganlah kita sama-sekali bersekongkol dengan mereka yang mempunyai niat buruk untuk menjahanamkan negara ini.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu menjaga keharmonian, menghubungkan tali persaudaraan dan memerlihara kehormatan. Taqobbalallahu minna waminkum.

No comments:

Post a Comment