Tuesday, February 26, 2013

Sekolah Haji Hadi Terbakar Lagi!


Haji Hadi ketika meninjau kebakaran yang lalu. 

Tidak pun sampai sebulan kebakaran lalu, kini Sekolah Haji Hadi di Rusila, terbakar lagi kira-kira jam 5 petang ini (Isnin 25 Feb) setelah sebelum ini mengalami kebakaran 8 Februari lalu.

Sewajarnya memberi kesedaran kepada Haji Hadi dan pimpinan Pas supaya insaf jangan terlalu memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik diri dan parti Pas.

Bayangkanlah dalam keadaan hujan lebat di hari ini, kebakaran boleh berlaku di Sekolah Haji Hadi itu,,,,sesuatu pertunjuk kepada yang benar-benar beriman, supaya menyedari akan peringatan Allah.

Pihak bomba telah berhempas-pulas memadamkan kebakaran tadi bagi mengelak dari terus merebak. Kebakaran didapati berlaku pada bahagian dinding dan atap dalam keadaan hujan.

Sebelum ini Haji Hadi pernah mempertahankan kalimah Allah boleh digunakan oleh golongan Kristian, bertentangan sama sekali dengan keputusan para mufti, bahkan Majlis Syura Ulamak Pas juga tidak bersetuju dengan pendirian Haji Hadi itu.

Dalam kebakaran pertama, lambang salib tiba-tiba muncul pada tiang yang terbakar itu.

Sebelum ini Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut juga mengalami kebakaran. Semua ini seharusnya membawa keinsafan dan direnungi oleh pemimpin dan pengikut Pas kerana setiap apa yang berlaku perlu dijadikan pengajaran dan untuk direnungi.

Bila atap stadium di Gong Badak yang sedang dibaiki jatuh baru-baru ini, macam-macam puak-juak Pas mengata, tetapi apa ulasan mereka pula bila Sekolah Hadi di Rusila terbakar buat kali kedua ini? Terbakar ketika dalam suasana hujan…. - Terengganu Today.

Saturday, February 9, 2013

Asrama sekolah Maahad Darul Quran Haji Hadi terbakar???


MARANG - Sebuah blok asrama separuh konkrit Sekolah Maahad Darul Quran yang menempatkan 90 pelajar musnah dalam kebakaran semalam.

Kebakaran pada 10.30 malam itu menyebabkan pelajar tingkatan dua sekolah yang dikendalikan parti PAS tinggal sehelai sepinggang selepas asrama itu hampir seratus peratus musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Kejadian itu berlaku ketika pelajar berkenaan sedang belajar di dalam kelas dan disedari orang ramai termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berada di dalam sebuah daripada bangunan di kawasan itu.

Abdul Hadi berkata beliau berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum terhidu bau asap dan melihat asap tebal namun tidak dapat memastikan bangunan yang terbakar kerana kedudukan bangunan di kawasan itu agak dekat antara satu sama lain.

Beliau kemudian menghubungi seorang daripada petugas di sekolah berkenaan untuk melihat punca asap tebal itu dan dimaklumkan mengenai kebakaran bangunan asrama menempatkan pelajar tingkatan dua.

"Kejadian itu berlaku terlalu pantas, kami tidak mampu untuk menyelamatkan apa-apa. Ada dikalangan penduduk setempat memadam kebakaran terlebih dahulu bimbang merebak ke bangunan lain.

"Saya bersyukur kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan dan ketika kejadian pelajar berada di dalam kelas tetapi kami tetap membuat pemeriksaan takut ada pelajar yang uzur (sakit) di dalam bilik asrama," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Abdul Hadi, yang juga penasihat sekolah berkenaan, berkata sekolah itu mula beroperasi sejak 1985 dan ketika ini 900 pelajar tingkatan satu hingga menengah atas tinggal dan belajar di situ.

"Kita akan bina semula bangunan ini dalam masa terdekat dengan bantuan derma serta gotong-royong penduduk kampung.

"Pelajar yang terjejas pula akan ditempatkan sementara di bangunan asrama yang lain buat sementara waktu," katanya.


Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang Zamri Awang Long berkata 25 anggota dan empat jentera dari Balai Bomba Marang dan Balai Bomba Kuala Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal api. Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

- Bernama

Thursday, February 7, 2013

Anugerah Saiyiditina Khadijah Kepada Wan Azizah: ABIM Menghina Isteri Rasulullah SAW

Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah SAW dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi, manusia rasis, angkuh dan penipu yang digelar ‘Tokong’ oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz, kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah SAW dengan menganugerahkan Wan Azizah, isteri peliwat tersohor Asia dengan ‘Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, 2 Februari lalu.

Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai ‘keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan’.

Tidak mungkin ABIM, atau nama penuhnya, Angkatan Belia Islam Malaysia, tidak tahu asal-usul, sejarah, sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah.

Strategy To Clash Tun M-Najib: Proves That PR Is Scared





Despite of the opposition's constant attack on former Prime Minister, Tun Mahathir Mohamad (Tun M), they still cannot deny his strong 'aura' which haunts them.


Even though he is retired and only observes the nation's politics while providing his views, some sides somehow claimed that his opinions are orders.

Tun Mahathir is a very honest man and no one can deny that. When he felt that it was time for Tun Abdullah to retire, he stated the matter without covering anything.

Realizing that Tun M's aura could influence Malaysia's political arena, the opposition tries to change the 'aura' so that it would benefit them. That is why, as they criticize Tun M, they tried to describe that Tun M also agrees with them regarding the BN government's weaknesses and the Prime Minister himself. They are hoping that Tun M's aura will be able to influence Malaysians to also see the government's weaknesses.

So, that is how the fable saying that Tun M is working with Tan Sri Muhyiddin to bring down Dato’ Seri Najib happened, like what was published by Malaysia Chronicle.

And yesterday, another story rose saying that Tun M 'ordered' Dato’ Seri Najib to resign if BN fails to win big in the coming GE. Tun M's explanation on the matter where it is a regular tradition leaders would resign if they fail to achieve their target and that it has been going around since the era of Tunku Abdul Rahman where everything depends on what members want, was 'belittled' by the opposition's media. And in the same statement, Tun M did admit that Dato’ Seri Najib did took BN when the coalition was weak, but the opposition somehow tried to twist his statement by saying that Najib's government is weak.

The opposition's media, especially English language ones, kept on playing this kind of stories where their target readers are the ones who are much more rational. It seems that they are really working hard on it as GE draws closer.

What really happened was that Tun M is giving his full support towards the government led by Dato’ Seri Najib. he also stated that he would voluntarily help the government if there is any need for it.
And as we all know, if Tun M felt that Dato’ Seri Najib do not deserve the post, then he would not hesitate to give his opinion on it instead of covering anything because that is how he is, every rakyat knew that.

And this is what PR is really afraid of, the fact that Tun M is giving his full support towards Dato’ Seri Najib and BN. Dato’ Seri Najib's aura is enough to sink Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang. With the help of Tun M, how would the opposition fight against BN?

Despite of all the attempts to clash these two leaders, it seems like it is still going nowhere.
That is why, the opposition do not have to work hard just to raise support from rakyat through Tun M's aura. Seems too obvious that opposition leaders do not have great leadership to be loved by rakyat that they had to depend on their enemies.

Strategi Lagakan Tun M-Najib: Bukti PR Ketakutan





Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang ‘aura’ beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya. 

Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan. 

Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya.  Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung.   Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu ‘pukul anak sindir menantu’ kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit. 

Menyedari ‘aura’ Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar ‘aura’ itu agar memberi keuntungan kepada mereka.   Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan ‘kelemahan’ kerajaan BN dan Perdana Menteri.  Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN. 

Maka, dari situlah timbulnya kisah kononnya Tun M bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib yang digebangkan di Malaysia Chronicle. 

Dan semalam, timbul pula kisah kononnya Tun M ‘menyuruh’ Dato’ Seri Najib meletak jawatan jika BN gagal menang besar dalam PRU kali ini.   Penjelasan Tun M bahawa perletakan jawatan apabila gagal mencapai sasaran merupakan amalan biasa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman iaitu bergantung kepada kehendak ahli, telah ‘diperkecilkan’ di dalam laporan media pembangkang.   Dalam kenyataan yang sama juga, Tun M ada mengakui bahawa Dato’ Seri Najib mewarisi BN dalam keadaan lemah, tetapi pihak pembangkang telah membayangkan seolah-olah beliau berkata yang kerajaan Najib lemah. 

Bayangan-bayangan dan kisah-kisah seperti ini dimainkan dengan giat di portal-portal pembangkang terutama yang berbahasa Inggeris di mana sasaran pembacanya ialah mereka-mereka yang lebih rasional.  Ianya kelihatan semakin rancak apabila PRU semakin dekat. 

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Tun M memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib.  Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau akan turun membantu secara sukarela sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian. 

Dan seperti yang kita tahu, jika Tun M merasakan yang Dato’ Seri Najib tidak layak maka beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menyatakannya secara terus-terang dan tidak akan sekali-kali berselindung di sebalik bahasa-bahasa manis sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa kerana itulah sifat beliau, dan rakyat semua sudah memakluminya.

Dan inilah yang amat ditakuti oleh PR iaitu Tun M memberi sepenuh sokongan kepada Dato’ Seri Najib dan BN.   Sedangkan, apa yang dapat dilihat kini ialah aura Dato’ Seri Najib seorang sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.   Sekiranya Tun M pula menambah lagi sinaran aura di belakang Dato’ Seri Najib, apalah daya pembangkang untuk melawan BN nanti.  

Justeru, percubaan melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini terus dilakukan walaupun setakat ini kelihatannya langsung tidak berjaya.   Ini bukan sahaja kerana rakyat sudah mengenali sikap Tun M yang akan berterus terang tetapi lebih-lebih lagi ialah kerana rakyat juga sudah mula mengenali dan menyayangi Dato’ Seri Najib. 

Oleh itu, pembangkang tidak perlulah bersusah payah menjatuhkan maruah sendiri dengan cuba meraih sokongan melalui aura Tun M.  Nampak sangat, para pemimpin pembangkang tidak punya ketokohan sendiri untuk menambat hati rakyat agar meyakini dan menyayangi mereka, sehinggakan terpaksa menumpang ketokohan musuh ketat mereka pula.

Hadi Perlu Dipecat Dari Majlis Syura





Langkah drastik PAS memecat keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama parti itu terus menarik perhatian umum sehingga memaksa ramai pimpinan PAS terpaksa tampil dengan pelbagai kenyataan untuk menjustifikasikan logik tindakan tersebut.


Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat misalnya dalam usaha mengurangkan kegusaran ahli dan penyokong bawahan, cuba memberi gambaran isu pemecatan itu hanya proses biasa seumpama hubungan suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

Manakala Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula menganggap Ustaz Nasharudin kini hanyalah ahli biasa yang tidak berpengaruh dan jika bekas Timbalan Presiden PAS itu menyertai UMNO sekalipun tiada kesannya pada PAS.

Ulasan sedemikian yang buruk nadanya bukan satu perkara baru bagi Hadi, sudah menjadi tabiat semulajadinya memperlekehkan maruah orang lain. Sebelum ini Hadi pernah menghina rakyat Sarawak sebagai golongan yang tiada pendidikan dan masih memakai cawat. Yang terbaru dihinanya guru sekolah merendah kononnya hanya layak mengajar ABC sahaja.

Hakikatnya kenyataan dari kedua-dua pimpinan tertinggi PAS itu mahupun pelbagai lagi kenyataan dari pimpinan PAS yang lain, sebetulnya tersirat kegusaran yang mendalam, kerana itu seboleh mungkin mereka cuba membina gambaran pada ahli dan penyokong PAS supaya memandang remeh saja isu pemecatan Ustaz Nasharudin.

Mereka seperti baru tersedar wujudnya impak buruk dari kes pemecatan itu yang mampu menjejaskan kelancaran jentera parti serta kesan sampingan yang akan menggugat kepercayaan ahli dan penyokong terhadap PAS itu sendiri.

Namun segalanya sudah terlambat, PAS tidak mengambil iktibar peristiwa lepas yang melibatkan pemecatan bekas Naib presiden PAS, Dr Hasan Ali dan bila kini kesilapan sama diulangi ke atas Ustaz Nasharudin, ia seumpama PAS sengaja menempah keranda sendiri.

Sekarang kalangan ahli dan penyokong PAS tidak hanya mempertikaikan kenapa Ustaz Nasharudin dipecat tanpa diberi peluang pembelaan diri tapi mereka juga teramat ingin tahu mengapa Mursyidul Am PAS yang terkenal paling kerap gagal menghadiri mesyuarat badan tertinggi PAS itu terkecuali dari tindakan yang sama.

Malah bukan satu rahsia pun, ramai ahli PAS memperkatakan kelesuan Majlis Syura Ulama PAS paling ketara kelihatan sejak ia dipengerusikan oleh Nik Aziz. Sepanjang penggal yang lalu pula, langsung tiada mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu yang bersangkut paut dengan dasar parti termasuklah membabitkan isu negara Islam dan hukum hudud yang menjadi pertikaian DAP serta PKR.

Dalam masa yang sama sudah banyak kedengaran rungutan mempersoalkan kenapa seorang lagi ahli Majlis Syura iaitu bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga jarang hadir ke mesyuarat masih terus diberi peluang menganggotai badan tersebut.

Paling utama ahli bawahan serta penyokong parti tertanya-tanya mengapakah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terus menerus bebas dari tindakan disiplin? 

Umum mengetahui Hadi telah secara terbuka mendahului keputusan Majlis Syura Ulama apabila dalam mesyurat tertinggi pemimpin PR yang disertainya, beliau telah bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Tindakan Hadi yang membuat keputusan songsang dan bertentangan dengan keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS bukan sahaja melanggar kebiasaan malah ia meninggalkan tidak sedikit impak yang memalukan sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan PAS.

Dilihat dari segi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hadi, sewajarnya beliau sudah layak untuk dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS. Demikian halnya tindakan yang sama juga sepatutnya sudah diambil terhadap Nik Aziz dan Mat Iraqi. Namun kenapa ketiga-tiga mereka terselamat?

Walau apapun persoalan yang khalayak umum lontarkan serta apa sahaja yang ahli PAS pertikaikan, satu hakikat yang pasti PAS kini sudah cukup sinonim dengan corak kepimpinan diktator dan ruang kebebasan juga semakin sempit. Itu hakikatnya.

Monday, February 4, 2013

Amanat Haji Hadi


Amanat Hadi Awang secara rasminya telah diwartakan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai bercanggah dari segi ajaran Islam pada 25 Julai 2002.