Tuesday, December 13, 2011

Makna MELAYU; coMEL dan AYU itulah bangsaku.


Maklumat di atas saya perolehi daripada Kamus; A Malay-English Dictionary by A.E.Coope

menurut kamus Dewan pula >>> Melayu nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk melayu a)mengikut cara hidup orang-orang Melayu; b) masuk Islam;

Sebelum itu saya pernah mendengar makna MELAYU itu daripada perkataan coMEL dan AYU iaitu comel niatnya, comel katanya dan comel perbuatannya. Maka ayulah yang tergambar, terdengar dan terlihat.

Ayu - cantik, lawa, kacak, segak.

MEL adalah singkatan kata daripada perkataan comel iaitu perkataan pertama yang akan disebut apabila orang tua menyentuh atau mencuit pipi bayi atau anak kecil.

Siapakah Melayu menurut tafsiran Perlembagaan? Takrifan Melayu sebenarnya sangat luas dan jika diambil daripada konteks sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu. Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa, dan loghat, kebanyakan ahli bahasa dan budayawan menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu.

Jika merujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Untuk menjadi seorang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya beragama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang yang berketurunan Melayu sekalipun, bagi maksud Perlembagaan, dia bukan Melayu jika tidak beragama Islam.

Maka melayu itu adalah beragama Islam.